Teknik Promosi Online – Pengunaan Banner

Assalamualaikum…

Pada kali ini, aku akan menerangkan teknik promosi secara online dengan penggunaan banner. Sebelum korang menempah banner, pastikan korang mempunyai web yang cukup berkesan dalam menukarkan daripada seorang pelawat kepada pelanggan. Jangan hanya membekalkan maklumat semata-mata. Web korang perlu mempuyai unsur ‘call-to-action’ seperti ‘Tempah Sekarang!’, ‘Hubungi Saya Sekarang!’. Selain itu, web korang perlu mempunyai unsur takut rugi seperti korang menawarkan offer yang  lain daripada yang lain dan offer tersebut tidak terdapat di mana-mana. Selain itu, mungkin bagus kalau korang menetapkan had offer korang hanya kepada beberapa orang sahaja kerana ini akan menimbulkan, apa yang orang panggil ’sindrom takut rugi’ dalam diri seseorang pelawat web tersebut sehingga menukarkan seorang pelawat kepada seorang pelanggan atau prospek yang berkualiti.

Aik? Macam menerangkan pasal web yang berkesan la plak. Haha. Takpe2. Tu sedikit sebanyak tips yang aku boleh terangkan dalam menghasilkan sesebuah landing page atau minisite atau web yang berkesan. Ok, sekarang, kita move tu teknik promosi online dengan penggunaan banner.

Untuk pengetahuan korang semua, banner ni ada banyak saiz. Tapi, lebih baik aku terangkan saiz yang mana yang paling berkesan untuk mengiklankan perniagaan korang. Ok, kebiasaannya, saiz banner terbaik ialah 125×125 untuk diletakkan di bahagian sidebar sesebuah laman web, 728×90 iaitu banner yang boleh diletakkan pada bahagian header sesebuah laman web dan akhir sekali banner size 336×280 dan ia boleh diletakkan pada bahagian bawah post dalam sesebuah blog.

Contohnya :

125×125

125x125

728×90

728x90

336×280

338x280

Korang boleh buat tempahan untuk design banner seperti saiz di atas di mana-mana laman web yang menawarkan servis design banner, ecover, minisite dan sebagainya. Antara laman web yang terkenal dengan servis tersebut ialah VirtualNiaga.com, GrafikMaya.com dan sebagainya. Korang boleh tanya pak cik Google kalau nak tahu lebih banyak lagi laman web yang menawarkan servis macam ni. Tapi, hati-hati ye. Jangan sampai ditipu sebab ada sesetengah pihak yang tak bertanggungjawab meletakkan pada harga yang terlalu tinggi walaupun untuk tempahan banner sahaja.

Kemudian, setelah korang dah ada banner, sekarang masuk bab macam mana nak promosi banner tersebut anda nak letak kat mana. Ok, sekarang ni, industri blogging tumbuh macam cendawan selepas hujan. So, banyak blog yang menawarkan servis pengiklanan pada harga yang sangat murah setiap bulan. Ok! But, jangan tersalah pilih blog. Maksudnya, jangan silap pilih blog yang menawarkan servis pengiklanan tetapi trafik di blognya tak ramai.

By the way, sebelum korang keliru, trafik tu maksudnya pelawat. So, cara untuk korang tahu macam mana sesebuah blog tu mempunyai trafik yang ramai adalah dengan menyemak page rank blog mereka. Page rank sesebuah blog boleh dikatakan kayu ukur sesebuah blog mengenai trafik sesebuah blog. Ok, semakin tinggi page rank, semakin ramai trafik atau pelawat yang berkunjung ke blog tersebut. Korang boleh tengok page rank sesebuah blog menggunakan Google Page Rank Checker. Hanya letakkan URL blog yang korang nak siasat tu, then lihat page rank berapa. Seelok-eloknya, letakkan banner korang dalam blog yang ada page rank 2 dan ke atas. Page rank 1 pun boleh tapi asalkan tuan punye blog tu tak caj mahal. Sepadan dengan trafik blog yang datang ke blog mereka.

Opsss, nasib baik ingat. One more thing, korang juga boleh letakkan banner yang korang tempah tu dalam signature ketika korang berforum. Boleh rujuk balik mengenai Teknik Promosi Online – Pemasaran Forum

Tak Nak Terlepas Post Seterusnya? Masukkan email anda di sini:

Delivered by FeedBurner



This entry was posted on Tuesday, August 11th, 2009 at 2:10 am and is filed under Teknik Promosi GDI. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.


Apa Pendapat Anda Pula?

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.