Rahsia/Kunci Magnet Rezeki Melimpah Ruah
Assalamualaikum…
Ramai yang datang kepada Fatin mengadu bahawa betul ke program GDI boleh buat duit, betul ke GDI beri kita duit dan sebagainya. Sekarang ni, Fatin bukan nak cakap mengenai bukti GDI betul-betul membayar hasil usaha kita seperti ini, ini dan ini, tetapi Fatin ingin bercakap mengenai punca kenapa terlalu sukar untuk kita memperolehi pelanggan, prospek, pendapatan ataupun keuntungan walaupun telah berusaha sedaya upaya.
Yang Fatin ingin katakan di sini, jika segala usaha dan penat lelah kita selama ni tidak pernah membuahkan hasil, fikirlah mengenai hubungan kita dengan Allah Taala. Adakah kita benar-benar menjaga hubungan kita dengan Allah Taala? Adakah kita melaksanakan solat 5 waktu dengan sempurna di awal waktu? Adakah kita pernah berdoa memohon kepadaNya untuk dimurahkan rezeki?
Pada post kali ini, Fatin ingin menekankan mengenai fadhilat Solat Dhuha dalam kehidupan seorang muslimin dan muslimat. Sesungguhnya, Solat Dhuha merupakan kunci atau rahsia kepada keluasan pintu rezeki kita. Di tengah-tengah kesibukan kita bekerja, laksanakan Solat Dhuha secara istiqamah. Ia bukan sahaja memudahkan kita memperoleh rezeki tetapi selain daripada itu, ia menyucikan rezeki supaya rezeki yang kita peroleh terjaga daripada unsur yang haram.
“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat” (Hadith Riwayat Tarmizi)
“Sesiapa yang mengerjakan Solat Dhuha dua rakaat, maka Allah menghadiahkan kepadanya sebuah istana daripada emas dalam syurga.” (Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi daripada Anas Bin Malik)
Sangat terang dan jelas sekali di sini bahawa Solat Dhuha mempunyai fadhilat yang amat banyak dalam kehidupan seharian seseorang. Kita seharusnya sedar, rezeki kita datangnya daripada Allah. Walau sekuat mana pun kita berusaha, tanpa izinNya, kita tidak akan memperolehi nikmat rezeki dariNya. Tetapi, rezeki juga tidak dapat diperolehi tanpa sebarang usaha. Jadi, usaha diiringi dengan doa kepada Allah akan dapat memberikan ganjaran rezeki yang melimpah ruah buat kita. InsyaAllah…
Allah sukakan hambaNya yang berdoa kepadaNya, yang sentiasa merendah diri kepadaNya. Janganlah kita terlalu ego untuk meminta kepadaNya sedangkan kita hanyalah selemah-lemah hamba dan khalifah ciptaanNya yang wujud di atas muka bumi ini. Jangan terlalu taksub mencari harta dunia sehingga lupa untuk mengimbangi perkara dunia dan akhirat. Seperti riwayat hadith di bawah :
“Sesungguhnya seseorang yang berbuat dosa mendapat satu titik hitam di hatinya. Apabila dia bertaubat dan beristighfar, hatinya kembali bersih. Apabila dia tidak bertaubat, bertambahlah titik hitam itu hingga menutup hatinya.” (Hadith Riwayat Ibnu Jarir, Nasa’i, Tarmizi dan Ibnu Majah)
Sekiranya kita terlalu taksub mencari harta dunia sehingga lupa halal dan haram, cara yang betul dan salah, kita akan mula berbuat dosa yang kita sendiri kadang kala, sudah kalis dengan dosa tersebut sehingga tidak merasa bersalah pun melakukannya. Kerana itulah, kita disarankan untuk segera bertaubat setelah melakukan kesalahan supaya kita tidak terus berada dalam kesesatan. Apabila kita terus berrada dalam kesesatan, rezeki dan usaha yang kita lakukan selama ini tidak akan ke mana pun. Seperti sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara Solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”
Sekali lagi, Fatin ingin meringkaskan mengenai fadhilat dan kelebihan Solat Dhuha iaitu :
- Dapat menghindarkan diri daripada kemiskinan
- Dapat mengubah kesusahan menjadi kesenangan dalam mencari rezeki
- Allah membina istana di syurga
- Allah menghaspukan segala dosa
- Allah mencukupkan semua keperluan
- Allah memberikan pintu khusus untuk masuk syurga
Kesimpulannya, dalam mencari rezeki, kita perlu ingat bahawa ada yang Maha Berkuasa, yang satu-satu layak dalam menentukan rezeki kita. Jadi, sebab apa wujudnya putus asa dalam mencari rezeki? Ini adalah kerana Allah ingin mengingatkan kita supaya kembali kepadaNya… Yakin dengan firman Allah S.W.T di bawah yang bermaksud :
“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan jalan keluar baginya dan mendatangkan rezeki dari punca yang tidak disanga-sangka.”
P/S : Cara Solat Dhuha
P/S : Kebanyakkan perniagaan online menghasilkan pendapatan yang tidak stabil dan memerlukan anda membuat pelbagai jenis kerja. Dengan GDI, pendapatan yang anda memperlohi akan lebih stabil pada setiap bulan. Ibarat slip gaji yang anda perolehi setiap bulan. Usaha anda yang akan menentukan nilainya.
Add Fatin di YM untuk maklumat lanjut : syringa28
This entry was posted on Wednesday, December 16th, 2009 at 1:46 pm and is filed under 7 Minit Muhasabah. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
