Peringatan Terhormat Kepada Ahli Ads4bucks

Assalamualaikum…

Sebenarnya, post ni dah lama aku nak tulis sebab aku sangat tak suka sekiranya ada di kalangan ahli Ads4bucks melakukan sedemikian. Apa tu? Bakal aku ceritakan.

Sekarang ni, perniagaan di Malaysia tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Banyak sangat perniagaan yang terdapat di luar sana. So, kunci utama sesebuah perniagaan ialah pemasaran. Apa yang perlu buat selepas melibatkan diri dalam perniagaan ialah pemasaran, pemasaran dan pemasaran. Tanpa pemasaran, sesebuah perniagaan itu akan mati. Ia logik! sebab tanpa pemasaran, orang ramai tidak akan tahu kewujudan sesebuah perniagaan. Orang ramai juga tidak akan tahu kelebihan dan manfaat yang bakal mereka perolehi dari sesebuah perniagaan.

spamming, ads4bucks

Mengenai pemasaran. Aku sangat tak suka kalau seseorang melakukan pemasaran dengan cara spaming. Mari aku beri istilah, apa itu spamming.

Spam ialah memenuhi medium Internet dengan salinan mesej yang sama, bertujuan untuk menghantar mesej tersebut kepada orang yang tidak pernah meminta untuk menerimanya. Kebanyakkan spam terdiri daripada pengiklanan komersial, skim cepat kaya dan sebagainya.

Sumber : http://spam.abuse.net/overview/whatisspam.shtml

Bagi aku, ia amatlah tidak professional sekiranya korang berbuat demikian. Sekiranya orang yang menerima email atau promosi spam dari korang tersebut cukup bijak untuk berfikir, mereka tidak akan menyertai perniagaan atau membeli produk yang korang sedang mempromosikan. Mereka mungkin akan berfikir, “Patut ke aku menyertai program yang dia tawarkan kalau ini caranya dia mempromosikan perniagaannya. Itu tidak cukup bijak.” Ni contoh je la.

Aku sendiri tidak menyukai email-email spam. Semua email ni menyemak folder inbox aku jer. Kebanyakkannya aku delete macam tu je. Jadi, fikirkanlah. Bagaimana untuk seseorang itu menyertai perniagaan korang sekiranya mereka benci apa yang korang dah buat kat mereka, iaitu melakukan spamming?

Jadi, nasihat aku, janganlah melakukan spam. Jangan rosakkan nama Ads4bucks disebabkan email-email dan iklan-iklan spam. Beriklan dan mempromosilah dengan berhemah. Kalau boleh, aku nak list semua nama syarikat perniagaan yang melakukan spam ke inbox email aku. Nama yang sama je muncul. Tak syarikat A, syarikat B. Nama yang sama je. Jadi, janganlah lakukan spam. Jangan, jangan dan jangan. Jangan rosakkan nama Ads4bucks, perniagaan kita.

Bandingkan macam ni je lah. Korang menghantar email banyak2 (email spam) kepada beribu orang dan menimbulkan kemarahan orang tanpa sorang pun menyertai korang ATAUPUN korang beriklan secara berhemah di tempat yang betul dan mempromosikan tanpa melakukan spam dan beberapa orang berminat menyertai korang. Pilih la yang mana korang nak guna. Alif Lam Lam Ha! :)

Tak Nak Terlepas Post Seterusnya? Masukkan Email Korang Di Sini:

Delivered by FeedBurner



This entry was posted on Tuesday, June 2nd, 2009 at 2:07 am and is filed under 7 Minit Muhasabah. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.


11 Responses to “Peringatan Terhormat Kepada Ahli Ads4bucks”

  1. khalifahNo Gravatar Says:

    salam semua..
    memang betul tu
    kena profesional lah..

    jgn main letak je iklan kat sembarangan..

  2. Fatin PauziNo Gravatar Says:

    Tau takpe.. :P

  3. JUNENo Gravatar Says:

    betul tu..aku memang sokong coz aku pun salah sorang yg selalu sgt termia email spam ni..kdg2 smpi tkt nk bukak email..hehehe

    JUNE’s last blog post..Handbag Promotion

  4. Fatin PauziNo Gravatar Says:

    Tak pe, June. Jangan takut. Ada manfaat gak die spam kita. Kita balas balik email mereka, cakap jangan spam. Konon nasihat la. Tapi, selit skit link kite kat dalam tu. huhu.

    Kalau ada perniagaan, baik jangan mempromosikannya dengan cara spamming. Tak elok sgt tu. huhu

  5. muhdsuhailyNo Gravatar Says:

    mau untung cepat kasih SPAM itulah keje diaorg..kalau dpt untung oklah gak…

    muhdsuhaily’s last blog post..5 Perkara

  6. Fatin PauziNo Gravatar Says:

    Betul la tu, MuhdSuhaily. Nak untung cepat tapi reputasi jatuh, tarak gune juge. kan? :P

  7. shahrulNo Gravatar Says:

    Spammer tu cpt gak dpt untung, tp x lma la tu.

  8. Fatin PauziNo Gravatar Says:

    Memang cepat dapat untung, tapi kene kutuk. huhu

  9. EMCNo Gravatar Says:

    Tak patut laa dia orang guna SPAM…

    http://pinjaman-online.blogspot.com

  10. TokNo Gravatar Says:

    Kalau kita hantar balik kat mereka yang hantar email kpd kita, kira spam jugakkah?

  11. Fatin PauziNo Gravatar Says:

    Tu kira kita kenakan balik orang yang spam kita. Dia spam kita, kita spam die balik. Hehe.

    Spam – hantar emel kat orang yang kita tak pernah kenal dan orang tu tak pernah minta untuk dihantarkan emel tu.

    So, dia antar kita spam gune emel kita. So, die tahu kita pemilik emel tu. Kita hantar balik kat die, tak die kira spam kot.

    Ke ada sape2 leh tolong jawabkan? :)

Apa Pendapat Anda Pula?

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.