Perbezaan Di Antara ‘Network Marketing’ & Skim Piramid
Salam semua…
Sudah lama Fatin tak bercakap dan membincangkan Pemasaran ‘Multi-Level’ atau MLM. Jadi, pada kali ini, Fatin akan menerangkan mengenai perbezaan di antara pemasaran rangkaian (network marketing) dan skim piramid. Ini adalah kerana ramai di antara kita yang masih keliru untuk membezakan di antara network marketing yang sebetulnya dan juga skim piramid. Disebabkan network marketing juga melibatkan rangkaian, jadi networking marketing telah disalahanggap sebagai skim piramid.
Ini adalah kerana network marketing dan skim piramid mempunyai satu persamaan yang membuatkan setiap orang menyamakan di antara kedua-dua jenis sistem perniagaan ini. Contohnya :

Bentuk pelan pemasaran sesebuah perniagaan bukan penentu samada perniagaan tersebut sah atau pun tidak, scam ataupun tidak. Ini adalah kerana boleh dikatakan bentuk atau susunan hampir semua organisasi berbentuk piramid.
Skim Piramid
Apabila bercakap mengenai skim piramid, ia bermakna sistem perniagaan yang tidak sah atau yang kita panggil pyramid scam. Kebiasaannya, skim piramid dikatakan sebagai sebuah model perniagaan yang tidak berterusan melibatkan pendaftaran individu semata-mata tanpa melibatkan sebarang produk atau perkhidmatan.
Jadi, jelas di sini, perkara yang paling mudah untuk mengetahui samada sesuatu perniagaan tersebut samada skim piramid ataupun tidak ialah dengan mengenalpasti samada perniagaan tersebut melibatkan sebarang produk atau perkhimatan ataupun tidak dalam pelaburan anda.
‘Network Marketing‘
Network marketing pula dikatakan sebuah sistem perniagaan yang sah dan betul. Konsep sebenar di sebalik network marketing ialah model pengedaran yang membenarkan sesebuah perniagaan untuk menjual produk mereka terus kepada pelanggan atau pengguna. Model perniagaan ini berkonsepkan penyebaran, promosi atau pemasaran dari mulut ke mulut berbanding menggunakan media sebagai medium pengiklanan seperti televisyen, radio dan sebagainya yang mana ia menelan lebih banyak belanja. Jadi, berbanding membayar kos pengiklanan kepada pihak media, syarikat tersebut akan membayar komisyen kepada pengedar kerana mempromosikan produk mereka.
Jadi, konsep utama dalam perniagaan networking ialah pengedaran produk menggunakan orang ramai (penyebaran dari mulut ke mulut). Perniagaan networking yang sah pula tidak akan membenarkan pengedar-pengedar mereka untuk melantik pengedar baru tanpa penjualan produk. Jadi, model ini tidak membenarkan pendaftaran individu semata-mata tanpa sebarang produk.

Selain daripada itu, satu lagi perbezaan yang jelas di antara perniagaan networking dan skim piramid ialah mengenai pembahagian bonus mereka. Kebiasaannya, di dalam perniagaan networking, pembahagian peratusan bonus adalah sama rata berbanding skim piramid yang memberikan peratusan bonus yang berbeza pada setiap level. Sekiranya peratusan bonus yang diberikan pada setiap level adalah berbeza, maka jelas sekali ia adalah skim piramid di mana individu yang berada bahagian atas akan mendapat semua keuntungan manakala individu di bawah akan mengalami kerugian.
Jadi, Fatin harap pada kali ini, rakyat Malaysia cukup bijak untuk membezakan di antara perniagaan networking yang sebenar dan sah berbanding skim piramid yang dipanggil money game semata-mata. Walaubagaimanapun, dalam apa jua perniagaan, model perniagaan yang terbaik adalah dengan menggunakan konsep network marketing.
Seperti kata Donald Trump,
“If I lost everything and had to start again, I would find myself a great networking marketing company and get to work!”
Sumber rujukan artikel : Network Marketing Business School
This entry was posted on Monday, December 28th, 2009 at 6:35 pm and is filed under Mengenai MLM. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

December 30th, 2009 at 11:18 pm
Sebenarnya skim piramid dan network marketing boleh di lihat dengan ketara.
Skim piramid melakukan kerja atas dasar duit, tidak ada perniagaan langsung. Jika tiada perniagaan mana nak dapat duit? Jika rolling duit baik join kutu bersama rakan-rakan atau dalam famili kita
Skim piramid join sekali meletup kaya, join 2 kali bankrup, jika network marketing join sekali slow, join 2 kali makin meningkat, join 3kali makin meningkat dan seterusnya.
Jika anda betul-betul nak kaya pun dengan cepat, joinlah Network Marketing. Nak tahu bagaimana nak kaya ikut step by step. Tak tahu, tanyalah kepada yang tahu
December 30th, 2009 at 11:24 pm
Yup, betul tu Nabieel. Benda tu boleh nampak dengan jelas tapi orang kita yang sentiasa salah anggap.
Ramai di luar sana yang menyamakan skim piramid dengan network marketing. Jadi, saya harap, dengan adanya post ni, orang dah dapat bezakan di antara dua perkara ni.