Menu Blog Aku & GDI

 

 

Mengenai GDI

Pertama sekali, meh Fatin terang menda apenya GDI ni. GDI ni nama pendek. Nama panjang bagi GDI ialah Global Domain International. Sepertimana ada perkataan domain dalam nama syarikat GDI, jadi sudah tentulah GDI ni buat bisnes domain. Untuk pengetahuan korang, GDI ni sebuah syarikat yang menjual domain.

Kalau ada orang yang tak tahu, apa tu domain, domain tu, senang cerita, dipanggil alamat laman web. Contohnya, alamat laman web Fatin, http://fatinpauzi.com. Jadi, inilah yang dipanggil domain. Jadi, seperti yang korang tahu, domain ada banyak jenis dot belakang dia. .com, .net. .com.my, .info. Yang tu yang biasa kita dengar. Tapi, korang pernah dengar tak .ws?

Haa..ni yang nak royak ni. GDI adalah satu-satunya syarikat yang menjual domain .ws. Kenapa .ws? Sebab keunikan domain .ws ni sendiri iaitu stand for WebSite (.ws). So, bukan calang2 die orang dapat jual domain ni. Dia orang kene mintak izin Kerajaan Samoa, American Samoa nak jual domain .ws ni tau? Sebab apa?

Haa, sebabnya macam ni. Seperti yang korang tahu, negara kita punya domain, .com.my kan? UK punye domain .co.uk kan? Tapi, .ws punye domain, American Samoa punya la. So, pengasas GDI ni, iaitu Mike Reed dengan Alan Ezeir ni, pergi la naik kapal terbang mintak izin dengan Kerajaan Samoa, nak jual domain .ws ni sebab dua orang mamat ni nampak potensi domain ni sebab keunikan dia. So, matlamat dua orang mamat ni nak jadikan domain .ws ni terserlah dan global macam domain .com.

Panjang sangat kisah die orang naik kapal terbang, turun kapal terbang nak dapatkan hak penjualan domain ni. Korang boleh la baca dekat sini : The .WS Story.

Jadi, pendek cerita, seperti matlamat die orang nak jadikan domain ni sebagai domain global, akhirnya boleh dikatakan hampir tercapai sudah. Mana taknya, Syarikat GDI dicalonkan tempat #37 dalam Inc 500 “List” di antara 500 syarikat persendirian dalam USA yang paling cepat berkembang dan #5 dalam California. No. 37 di antara 500 syarikat kot. Syarikat persendirian lak tu. So, ada nampak tak potensi syarikat ni? Kalau tak nampak, pakai spek power 500 +-. Hehe. :D

So, di sebalik syarikat ni jual domain dan korang leh grab domain .ws dari syarikat die orang dan wat laman web korang sendiri, korang jugak boleh jana pendapatan dengan menjadi affiliate syarikat die orang. Kalau dah jadi affiliate dengan syarikat berkembang macam ni, masyuk beb! Masyuk wa cakap lu…!

Tapi, bape RM harga domain ni? Bape modal nak sertai bisnes ni? Macam mana die orang bayar? Haaa, korang baca kat sini >>>> Pelan Pemasaran GDI

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.