Mengenai Aku
Salam sejahtera kepada pengunjung blog Aku & GDI…
Tak banyak yang dapat aku ceritakan mengenai diri aku. Aku hanya seorang usahawan internet sepenuh masa. Aku berasal dari Paka, Terengganu dan sudah berusia 21 tahun. Tetapi, buat masa sekarang, aku menetap di rumah sewaku di Shah Alam yang dikelilingi oleh kedai-kedai mamak yang beroperasi 24 jam sehari. Walaubagaimanapun, kedai mamak ini tidak pernah mendapat tempat di hatiku. Dan, apa yang aku merepek?
Aku seorang yang sangat gemarkan perkara yang melibatkan “Cari Duit Poket Sendiri”. Mungkin kerana aku gemar merasai kepuasan memperolehi pendapatan dari hasil usaha dan titik peluhku sendiri dan aku berjaya menanggung diri aku sendiri tanpa perlu membocorkan lubang poket ayah ku dan tanpa perlu mengurangkan perbelanjaan dapur ibuku. Aku bersyukur.
Tetapi, korang jangan cepat salah sangka. Yup! Aku gemar cari duit poket sendiri tetapi aku bukan seseorang yang gelojoh merembat apa jua program yang menjanjikan aku pendapatan yang lumayan. Oleh kerana sejak dari kecil lagi, aku sangat berminat untuk mencari duit poket sendiri, aku banyak belajar dari pengalaman bagaimana untuk aku membezakan di antara apa yang patut aku ambil dan apa yang tidak.
Betul kata orang. Tanpa pengalaman, korang akan mudah jatuh dan gagal. Kerana itulah pengalaman adalah guru yang terbaik untuk memandu hidup korang ke arah kehidupan yang lebih baik. Aku mengaku, aku pernah tersilap memilih cabang pencarian pendapatanku. Walaupun aku telah mengkaji selok belok perniagaan tersebut, tetapi, tanpa pengalaman, aku tetap gagal. Aku bersyukur kerana kesilapan itu telah menjadikan aku seorang yang lebih berhati-hati dan matang dalam menentukan masa depanku.
Dan, itu adalah aku…dan juga ibu.

Kalau korang malas mengunjungi blog aku saban hari, cukup la sekadar masukkan email korang kat sini dan aku sangat menghargainya. Ciao. Wassalam.

