Memahami Istilah-Istilah Plan Pemasaran

Salam…

Kadangkala, ramai orang yang mana walaupun sudah berbuih kita menerangkan mengenai plan pemasaran, mereka tetap tidak memahaminya. Tension pun ada, pelik pun ada. Kenapa mereka masih tak faham walaupun kita sudah menerangkan mereka hampir 10 kali mengenai plan pemasaran. Dan, yang paling mengejutkan ialah apabila masih terdapat segelintir ahli Ads4bucks sendiri yang masih tidak faham dengan plan pemasaran Ads4bucks walaupun mereka sudah terlibat dengan Ads4bucks hampir 3 bulan lamanya. Sebab itulah, mereka tidak dapat menaja ahli walaupun seorang kerana mereka sendiri masih belum betul-betul mengenali dan memahami plan pemasaran Ads4bucks.

Ok. Biar aku terangkan satu persatu. Plan pemasaran setiap perniagaan networking adalah sangat berbeza di antara satu sama lain. Dua perkara yang membezakan antara plan pemasaran yang berlainan ialah jumlah komisyen yang dibayar dan juga bonus tambahan. Walaubagaimanapun, plan-plan ini tetap menggunakan istilah yang sama. Mungkin akan berbeza, apabila syarikat itu sendiri yang telah mengubahnya untuk memberikan kelainan dan keunikan dalam plan pemasaran mereka.

Antara istilah-istilah yang digunakan ialah :

Sponsor / Penaja

Penaja ialah orang yang bertanggungjawab untuk memperkenalkan dan mendaftarkan anda ke dalam syarikat perniagaan network mereka. Orang yang menaja anda juga ialah orang yang bertanggungjawab untuk memastikan anda mendapat latihan yang cukup dan sebarang bantuan untuk memastikan anda berjaya.

Upline

Merujuk kepada semua orang yang ditaja di atas anda. Walaupun syarikat sepatutnya menyediakn latihan dan bantuan kepada ahli-ahli di dalam organisasi mereka dan menolong mereka untuk berjaya, bantuan secara personal daripada upline-upline anda kebiasaannya lebih banyak membantu dalam meningkatkan pendapatan komisyen anda.

Downline

Merujuk kepada individu yang telah menyertai organisasi anda dan diletakkan di bawah anda di dalam sturktur plan pemasaran. Walaupun anda digalakkan untuk membantu downline yang ditaja oleh upline anda, tetapi setiap downline anda kebiasaannya dapat beroperasi secara berdikari di dalam organisasi tersebut.

Level / Peringkat

Fahami MLM - Level

Merujuka kepada kedudukan ahli-ahli di dalam network. Seperti gambar rajah di atas, ahli yang berada di dalam highlight yang berwarna jingga tersebut merujuk kepada 2nd level kerana mereka berada pada level ke dua di dalam struktur plan pemasaran anda. Kebiasaannya, ahli yang ditempatkan secara langsung di bawah anda akan dirujuk sebagai 1st level.

Leg / Kaki

Fahami MLM - Leg

Setiap ahli pada level pertama yang anda taja ke dalam network anda akan membentuk satu kaki baru. Contohnya, merujuk kepada gambar rajah di atas, terdapat 3 orang ahli pada level pertama. Oleh itu, terdapat 3 kaki di dalam network tersebut. Dalam sesetengah plan, kaki juga boleh dikira dari kiri ke kanan sebagai 1st leg, 2nd leg, 3rd, leg dan sebagainya.

Kepelbagaian Komisyen Level

variablecommissions1

Setiap syarikat berlainan akan menawarkan jenis komisyen level yang berlainan iaitu samada peratusan yang sama atau berbeza untuk setiap level. Di dalam contoh di atas, sekiranya syarikat anda menawarkan kadar komisyen yang pelbagai, anda akan menerima 20% komisyen pada level pertama, 10% komisyen pada level kedua dan 5% pada level ketiga. Manakala sekiranya syarikat anda menawarkan jenis komisyen level yang konsisten, anda akan menerima peratusan komisyen yang sama pada setiap level.

Mungkin maklumat yang aku bekalkan adalah tidak sepenuhnya tetapi aku harap, ia sedikit sebanyak dapat membantu korang yang masih belum betul-betul memahami plan pemasaran syarikat network yang korang sertai. Sekian…

Sumber rujukan : Network Marketing Business School


Tak Nak Terlepas Post Seterusnya? Masukkan email korang di bawah:



This entry was posted on Sunday, April 26th, 2009 at 12:36 pm and is filed under Mengenai MLM. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.


17 Responses to “Memahami Istilah-Istilah Plan Pemasaran”

  1. mkei001No Gravatar Says:

    Wah hebat penjelasan u
    Mana dapat graphics??? Sah buat sendiri hehe
    Yo fatin, bleh ajor camne nak letak imej untuk komentar hehe
    Kawan baru belajar nak buat blog, so hope u can teach me some
    TQ

    mkei001’s last blog post..Word’s That Matters… The Para 4 Agenda

  2. Fatin PauziNo Gravatar Says:

    Lor, kan da state kat situ.

    “Sumber rujukan : Network Marketing Business School”

    Owh, kalau nak letak gmbr kat blog,
    gi kat http://www.gravatar.com
    Then, sign up and upload gmbr.

    Harap membantu. :D

  3. mkei001No Gravatar Says:

    Salam

    Thanks, now I have my own image
    Xle rupe tanda soal jek hahaha

    Maklumlah orang tues macam saya mana le pandai benda2 nie

    Memandai-mandai adele hahaha

    Because of that i want to share something with you

    Bila anda membina satu network, pastikan ada konsep yang anda bawa

    Ini adalah apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w semasa menyebarkan Islam dahulu

    Tidak kita sedari bahawa apa yang dilakukan oleh baginda adalah networking sebenarnya

    Bacalah tentang sirah nabi dan tentu anda akan faham nanti

    Ok nice being your commentar

  4. Fatin PauziNo Gravatar Says:

    HEhe. ok, thnks for the information, mkei001.:)

    Fatin Pauzi’s last blog post..Skop Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Berkahwin

  5. eenNo Gravatar Says:

    kalu istilah ‘kuar awal’ ape?
    hehehe

    een’s last blog post..Make Money With Design

  6. mkei001No Gravatar Says:

    Well that depends on what your saying

    Hehehe

  7. Fatin PauziNo Gravatar Says:

    Een saje je tu, perli aku. ‘kuar awal’ xde kene mengena pun dalam kamus business networking. Tapi, dalam istilah study n jawab exam, ade la. kekeke

  8. mkei001No Gravatar Says:

    Well there is one aspect you can read about in networking

    Pernah dengar tentang “binding factor” di dalam networking

    Ini adalah salah satu trademark di dalam sistem network

    Apabila memulakan satu jarigan, kita memerlukan binding factor ini tadi

    Ada diantara kita melakukannya dengan tidak sengaja dan dengan cara yang salah

    Sebagai contoh, kita ingin menambat hati prospek melalui kejayaan, oleh itu binding factor yang dilakukan adalah dengan menambah seberapa banyak akaun dibawah kita untuk menampakkan keuntungan.

    Ada juga yang menyebut secara lisan, dan menggunakan kaedah yang “provocatife”

    They say its easier to porvoke people then invoke them with the right idea

    Well, ini bergantung kepada mereka yang melakukannya

    Binding factor sebenarnya boleh jadi apa sahaja, dan bagi seorang networker perlu ada kreativiti dalam mencari binding factor mereka sendiri

    Senang cerita ada kunci, maka gerakla, xda kunci sendiri mau cari hehehe

    Ok Fatin hope you get a new idea from me here

    Tq

  9. Fatin PauziNo Gravatar Says:

    Yea, great. But, it’s kind of showing something not true about what you have got. I believe this kind of tactic will ruin this industry.

    Well, as u can see, nowadays, someone who’s got attract with that kind of tactic is complaining about they didn’t get the same result as what upline told them before.

    So, I’m not agree by showing prospect something not true because I want downline success as I am and I believe it will ruin this industry, a lot.

    Whatever it is, thanks for your information, mkei001. I appreciate it so much. :)

  10. mkei001No Gravatar Says:

    Salam

    Oh sorry, maybe I’ve given you the wrong idea

    I’m not that kind of networker

    Saya cuma ingin bincangkan tentang binding factor

    Bagi saya apa yang fatin katakan adalah benar

    Dan sememangnya terdapat ramai antara networker di luar sana menggunakan taktik ni

    So tidak hairanlah hanya 20,000 akaun wujud di dalam ads4bucks (recent number)

    Actually I’m still studying how we could catch other peoples attention on joining ads4bucks

    Hope we could share new things in the future

    Anyway happy networking :-)

  11. Fatin PauziNo Gravatar Says:

    ok. never mind. :)

  12. HaironiNo Gravatar Says:

    Salam kepada semua pengunjung ke blog Cik Fatin dan juga kepada semua warga ads4bucks.

    Saya cuma ingin menegur beberapa tulisan Cik Fatin berkenaan ads4bucks.

    Apa yang membezakan ads4bucks dengan company lain adalah, ads4bucks bukanlah sebuah syarikat MLM, tetapi lebih kepada sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan produk dan perkhidmatan. Dan sebenarnya di dalam perniagaan ads4bucks tidak ada langsung wujudnya istilah pelan pemasaran, upline, downline, sponsor atau penaja.

    Yang ada di sini adalah 1 method perniagaan yang menjual produk dan perkhidmatan syarikat yang mana kita akan dilantik sebagai Agen selepas membeli produk syarikat yang berharga RM170 atau $42.50 dan kita akan dibayar komisyen berdasarkan penjualan produk syarikat atau dalam erti kata lain kita melantik agen baru di bawah hirarki/rangkaian perniagaan kita. Harap maklumat yang salurkan ini berguna buat anda semua yang ingin menjadikan perniagaan ads4bucks ini sebagau sumber mata pencarian anda.

    Terima kasih.

    Wallahualam.

  13. Fatin PauziNo Gravatar Says:

    Ye, saya faham. tapi, dalam artikel ni, saya lebih kepada umum.

  14. HaironiNo Gravatar Says:

    Perenggan pertama tulisan anda merujuk kepada pelan pemasaran ads4bucks secara spesifik.

    Terms yang sebenar adalah Pelan Imbuhan atau Pembayaran Komisyen Agen2 Ads4Bucks.

    Ok, Cik Fatin?

  15. HaironiNo Gravatar Says:

    Blog anda adalah blog yang paling bermaklumat berbanding blog2 lain yang mengutarakan topik perniagaan ini, sayang sekiranya kesilapan penggunaan terms membuatkan masyarakat memandang serong terhadap perniagaan ini.

  16. Fatin PauziNo Gravatar Says:

    Owh, En. Haironi salah faham. Saya memang tidak menspesifikasikan mengenai Ads4bucks. Saya hanya menerangkan term plan pemasaran secara UMUM.

    Fatin Pauzi’s last blog post..Pro & Contra Pembedahan Sedut Lemak (Liposuction)

  17. hairulbizNo Gravatar Says:

    salam..singgh blog ini secara kebetulan..em pada pendapat saya cik fatin menerangkan secara umum mengenai pelan MLM cuma mungkin cnth yg digunakan diawal itu berkaitan pelan pemasaran menyebabkan persepsi yg berbeza dari org yg membaca..apapun welldone cik fatin atas usaha anda.

Apa Pendapat Anda Pula?

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.