Dugaan Adalah Suatu Titik Perubahan

*Disarankan tekan play sebelum membaca post ini. :)

Assalamualaikum…

Hidup di dunia ni tidak akan sunyi daripada dugaan. Aku tahu, bukan semua manusia di atas dunia dilahirkan dalam suasana yang serba lengkap dan bahagia. Aku tahu, mereka yang tidak bernasib baik akan mendengki yang lebih bernasib baik. Meratapi nasib diri, melaung, meraung. Lemah, rapuh dan mudah jatuh apabila ditimpa sesuatu musibah. Menyalahkan dunia, menyalahkan diri sendiri dan lebih teruk lagi, menyalahkan Allah S.W.T dengan apa yang berlaku. Menganggap seolah-olah dunia ini tidak adil dan sangat kejam.

Tetapi, pernahkah kita terfikir? Kenapa perlu manusia meratapi dugaan yang menimpa diri? Kenapa perlu manusia bertindak mengikut emosi? Kenapa perlu manusia lemah dengan dugaan dunia? Kenapa manusia tidak bertindak dengan rasional dan lebih profesional untuk mengawal keadaan mereka? Dan, kenapa DUGAAN itu sendiri perlu dilayan sebagai suatu perkara yang sangat negatif?

Mari kita fikirkan kembali. Apa ada pada suatu perkataan yang bernama ‘DUGAAN’? Renungkan. Sekiranya korang menghadapi dugaan dengan pemikiran yang negatif, maka ranaplah kehidupan korang. Sekiranya, korang menghadapi dugaan dengan pemikiran yang positif,  apa yang aku pasti, korang takkan berhenti menerima kejayaan. Kenapa?

Aku tahu, kita semua seorang manusia yang sangat lemah. Mempunyai akal tetapi malangnya, akal tersebut dikawal oleh emosi. Bukan emosi yang dikawal oleh akal kita yang aku anggap sebaik-baik anugerah. Kita beremosi! Itu yang pasti. Emosi-emosi inilah yang menyekat kita, yang menahan kita dari bersikap rasional, profesional, matang dan positif! Lebih-lebih lagi, manusia yang bergelar wanita. Dengan 9 nafsu/emosi dan 1 akal yang dianugerahkan, tidak hairanlah kenapa kebanyakan daripada manusia bodoh yang membunuh diri sendiri, terdiri daripada wanita.

Wanita. Jangan lemah. Jangan mudah jatuh. Sekiranya tangisan korang itu dapat membangkitkan semangat korang sesudah itu, menangislah sepuas hati. Sekiranya ia hanya akan memusnahkan hidup korang, fikirlah. Kita adalah anugerah yang terindah. Tangan yang hanya menggoncang buaian ini, mampu menggoncang dunia! Jangan jadi bodoh kerana emosi yang tidak memberi apa jua kelebihan dan manfaat. Gunakan emosi extreme yang kita miliki untuk menjadi lebih kuat dan hebat dari apa yang orang lain tidak miliki.

Dugaan. Musibah. Kesedihan. Kesengsaraan. Jadikan ia suatu perkara yang positif. Sayangi dugaan. Sukakan cabaran. Jangan lemah. Jangan putus asa. Jangan mudah patah semangat dengan mereka. Jadikan dugaan sebagai suatu titik permulaan untuk korang melakukan perubahan di dalam hidup. Ini mungkin petanda dari Allah bahawa ada kehidupan baru yang lebih cerah menanti korang! Dia Maha Mengetahui. Dia yang mengatur segalanya. Dia juga tahu korang dapat menghadapinya. Dia juga sedang mengukur keimanan korang terhadapNya.

Bagi aku, orang yang sentiasa dalam kesusahan, kesedihan dan dugaan adalah orang yang paling bertuah di dunia. Sekiranya mereka menghadapinya dengan lebih positif, dugaan tersebut akan menjadikan mereka lebih matang, bijak, profesional dan sempurna! Oleh itu, kenapa perlu manusia meratapi kesusahan yang menimpa diri mereka sedangkan kesenangan adalah dugaan yang paling berat di dunia? Kerana, tidak ramai manusia yang dapat melepasi dugaan kesenangan dan syurga dunia. Renungkanlah…

Tak Nak Terlepas Post Seterusnya? Sila masukan email korang di bawah:



This entry was posted on Sunday, April 12th, 2009 at 5:28 am and is filed under 7 Minit Muhasabah. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.


7 Responses to “Dugaan Adalah Suatu Titik Perubahan”

  1. milsumNo Gravatar Says:

    Waaa….panjang sungguh entri fatin kali nih..
    Terima kasih untuk tips yg berguna nih, hehe..

    p/s:dah macam tazkirah lak…ustazah fatin :)

  2. adminNo Gravatar Says:

    Erk, jangan la panggil ustazah.
    Langsung tak layak. Siyes dowh.

  3. FakirNo Gravatar Says:

    andai kata yang tersirat itu kau zahir untuk kehidupan pasti kejayaan dapat kau sambut dengan tiada keciciran. sudah pasti kematangan yang diperolehi jangan dibazirkan bayangan sentiasa mengheret kita kearah kehancuran, ingat! qadaran ,muridan hanya dimiliki oleh pencipta alam, keinginan yang ada pasti tidak akan tertunai andai kita terpandang bayangan itu bak intan yang bergermelapan.

  4. FakirNo Gravatar Says:

    Kadang kala kebanggan terasa dijiwa ini bila terbaca nukilan mu fatin, apa pun aku tetap percaya kau zahirkan naluri mu untuk kehidupan mu, berusaha kearah itu pasti kau perolehi cahaya dari laduni yang azali bukan dari bayangan yang kau kejar selama ini. tiada apa yang aku hadiakan buat mu hanya sepotong doa moga kau memperolehi kejayaan yang mutlak.

    semoga berjaya.

  5. adminNo Gravatar Says:

    Terima kasih banyak2, Fakir.

  6. kak naniNo Gravatar Says:

    selalu belajar berterima kasih atas benda2 yg kecil kita terima seperti sebuah senyuman yg ikhlas atau org yg memberi salam kpd kita. Bukan semua org akan menerima rezeki yg sedemikian. Kita ni bertuah sebenarnya setiap hari Allah limpahkan rezeki yg tak terhingga nilainye spt langit yg cerah dan hujan yg turun kedua-duanya rezeki.Cuma kita yg letakkan satu sebagai rezeki dan satu lagi yg sebaliknye…Jadi kite ni tergolong di dlm kumpulan yg mana satu ye?:)

  7. Fatin PauziNo Gravatar Says:

    InsyaAllah, ia bergantung kepada diri sendiri untuk meletakkan diri kita dalam golongan yang mana satu. :)

Apa Pendapat Anda Pula?

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.