10 Cara Untuk Gagal Dalam Kehidupan. Terbukti Berkesan!
Assalamualaikum…

Aku tau mungkin korang dah bosan mendengar ceramah-ceramah motivasi yang memberi tip dan cara untuk berjaya dalam kehidupan, tidak mudah putus asa dan patah semangat, yakin boleh dan bla bla bla… Mungkin korang juga dah boleh hafal apa yang perlu korang lakukan untuk berjaya dalam hidup korang. Korang dah tepu bebelan mengenai kejayaan. Jom, meh aku tunjukkan pulak cara macam mana nak jadi orang yang gagal!
1) Bergaul dengan orang-orang yang gagal
Apa jua yang korang lakukan, apa jua yang korang fikirkan, orang-orang yang gagal akan mengatakan kat korang yang apa yang korang buat adalah sia-sia belaka. Suatu perkara mengenai orang-orang gagal yang korang patut tahu ialah mereka berasa sangat selesa dengan keadaan mereka sekarang walaupun baru sahaja menaja seorang ahli. Mereka tidak sukakan perubahan.
2) Tidak tahu apa yang korang mahukan dalam hidup
Kekadang, semua orang boleh cakap, “Aku nak jadi jutawan”, “Aku nak kaya” and so on. Tak salah tapi permasalahannya, macam mana korang nak jadi jutawan? Atau korang nak kaya setakat mana? Impian korang nak kaya dengan ada RM 100, 000 dalam tangan takkan sama dengan impian kekayaan bernilai RM 1 juta. Kedua-dua ni memerlukan komitmen yang berlainan. Oleh itu, sekiranya korang ingin menjadi jutawan atau orang kaya baru, sebaiknya letakkan tahap dan target yang korang nak capai dengan lebih tepat lagi.
3) Korang inginkan segalanya
Ni mungkin sama dengan perkara no. 2 di atas tapi ada yang tak sama.
Memanglah bagus kalau korang rasa macam nak memiliki segalanya tetapi kalau korang terlalu fanatik untuk memiliki segalanya, korang takkan dapat apa-apa. Yang mana lebih baik? Menghabiskan masa 5 jam kat kedai lepak dengan 6 orang kawan-kawan korang dengan niat untuk closing mereka yang belum tentu nak join bisnes korang atau menghabiskan masa 5 jam tu, dengan 3 orang prospek yang betul-betul berminat nak join korang? Fikir sendiri la kot.
4) Terlalu fokus & sibuk belajar cara nak psycho prospek
Memanglah tak salah kalau korang terlalu sibuk dengan hal ni sebab kekadang, dengan cara ni, majoriti prospek akan ‘lekat’. Tetapi, kekadang, ada networker yang terlalu sibuk dengan hal ni sampai terabai downline yang perlukan bimbingan korang. Bagi aku, cukuplah dengan menerangkan fakta sebenar mengenai bisnes korang dari korang terus-terusan psycho prospek. Sebab kekadang cara ni, ada gak bercampur dengan unsur penipuan. Haish, bila bab2 menipu sal bisnes, yang ni aku tak gemar sangat. Terang hal sebenar sude. Tak menipu, tak menyusahkan downline, downline pun tak terabai.
5) Korang sendiri tak pasti kenapa korang nak berjaya
Dah la korang rasa nak miliki semuanya, pulak tu korang sendiri tak pasti kenapa korang nak berjaya. Ha, welcome to the club orang-orang yang gagal! Faktor ramai orang yang kebanyakkannya putus asa tengah jalan, berusaha separuh jalan je, sebab perkara ni la. Korang tak tahu apa target yang korang kejar. Yang korang tau, korang nak jadi jutawan. Tapi, tiada target yang jelas dan korang tak tahu kenapa korang nak mencapai target tu. Hey, kawan! Jalan nak menuju kejayaan bukan macam berjalan atas karpet merah bro. Fikir sendiri la kot. Huhu…
Kenapa wujud mata pelajaran sejarah? Sebab, negara tak mahu kita lupa asal usul negara kita, kisah nenek moyang kita, supaya kita tak gagal lagi dan negara kita tak jatuh ke kuasa asing lagi. Mungkin kedengaran patroitik, tapi ia memang patroitik. Sekiranya korang nak tergolong dalam orang-orang yang cepat gagal, lupakanlah asal usul korang walaupun setelah korang berjaya. Cepat je korang jadi orang yang gagal. Baru maju setapak, lupa dengan punca yang telah menyebabkan korang gagal sebelum. Orang-orang yang pernah tolong korang sebelum ni, korang dah tak pandang dah. Yo ler… Aku kan dah kaya… Tengok la. Suatu masa nanti, korang akan gagal lagi. Try la. kekekeke….
7) Korang rasa korang dah cukup bijak
Hari korang berhenti mempelajari sesuatu ialah hari korang berhenti mempertingkatkan diri korang. Kalau korang tak nak gagal dalam hidup, pastikan korang berhenti berlagak macam semua benda korang tahu. Sebab, sikap orang-orang berjaya ialah mereka tidak berhenti belajar untuk menjadi lebih berjaya. Herm, sentiasa pikir bahawa korang tak tahu apa yang korang tak tahu, kan?
Korang mendengar nasihat dari orang yang salah
Ni mungkin kesilapan yang sangat besar dan cara mudah untuk korang jadi orang yang gagal. Mulut manusia adalah sangat bisa. Mungkin lebih daripada hasutan syaitan. Huhu. Maksud aku, mungkin para alim ulama’ boleh menangkis hasutan syaitan berbekalkan iman yang kuat, tetapi mereka mungkin akan ‘kalah’ dengan hasutan dan fitnah manusia. Memang itu kebiasaannya yang berlaku. So, berhati-hati memilih mentor korang.
9) Berfikir & bertindak untuk perancangan jangka masa pendek
Apabila korang bertindak dan berfikir hanya untuk perkara jangka masa pendek, maka lebih mudahlah untuk korang gagal. Kekadang, apabila seseorang manusia telah pun berjaya tapi atas dasar perancangan dan tindakan jangka masa pendek, manusia tu akan jatuh miskin balik dalam masa yang singkat. Mereka terlalu selesa dengan keadaan mereka pada masa tu. Setelah korang mencapai kejayaan, korang sepatutnya mengikuti gelombang kejayaan tersebut sebab momentum yang menujah korang untuk menjadi lebih berjaya dan kekal berjaya, ada kat situ. Fikir sendiri la kot.

10) Korang buta dengan perkara yang paling penting dalam hidup korang
Ni mungkin sama anak beranak dengan perkara no. 5 tapi tetap tak sama. Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam hidup kita iaitu mengatur masa dengan baik dan mengecapi kebahagiaan. Duit, kasih sayang, kereta mewah, harta benda dan sebagainya adalah perkara yang menyumbang kepada cabang untuk kita mengecapi kebahagiaan. Contonya, kalau korang ada wang, korang tidak perlu bekerja lagi dan korang mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan apa sahaja yang korang mahu. Aku bukan cakap perihal mengejar duit yang banyak, tapi aku bercakap mengenai apa yang duit boleh lakukan untuk korang. Fikir sendiri la kot… Aku tahu korang cukup bijak nak menilai ayat aku ni. huhu.
Jadi, camne? Dah bersedia nak menjadi orang yang gagal? Kalau dengan tips aku ni, korang betul2 gagal, jangan lupa bagi testimoni yer!
This entry was posted on Wednesday, May 6th, 2009 at 11:36 am and is filed under 7 Minit Muhasabah. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.





May 7th, 2009 at 8:52 pm
Nice interpretation
Well said and brilliant
May 7th, 2009 at 9:27 pm
Thanks.
Fatin Pauzi’s last blog post..Pro & Contra Pembedahan Sedut Lemak (Liposuction)